Rabu, 1 April 2009

AKU RINDU KAMU...

Sahabat-sahabatku,
Aku masih ingat saat itu,
Kita bersama-sama ke mana sahaja,
Kita bersama-sama tempuh apa jua,
Kala aku dirundung kedukaan,
Kalian datang dan mengatakan, “Kami tahu kau boleh!”,
Kalian sumber inspirasiku,
Kita tetap bersama,
Walau badai membidas,
Walau taufan melingkar,
Kita tetap kita,
Sahabat sejati bersama,
Aku tidak pernah lupa,
Setiap saat kita bersama,
Walau pahit atau manis,
Kenangan itu sentiasa terpahat di jiwa,
Kini, kita semua sudah berjaya,
Berjaya menjadi insan berguna,
Mungkin ini berkat keikhlasan doa kita bersama...
Sahabat-sahabatku,
Aku Rindu Kamu Semua.....
(2 all my frenz...MISHA, MAI, ZAI, BIHA, and ZIHA...korang tetap dihatiku)

2 ulasan:

  1. mai? budak mane tu? x tau pun ko de kwn sm nm ngn ak...hehe

    BalasPadam
  2. bebudak masa form 1,2 n 3...
    a'ah...nama panggilan jer sama..
    nama penuh dier maimoonah..huhu

    BalasPadam