Rabu, 8 April 2009

HOT SPRING, SG KELAH...in memory...


Suatu pagi...
...04 April 2009...
...08.30 a.m...

***AKU, Azu, Ida, May, Sab, dan Zila***
***Alhamdulillah...perancangan aku ngan May jadi***
***dapat juga menjejakkan kaki ke hot spring***
***nak release tensen KATANYA***
***mmg sangat releaseeeeeeeee***
***simpan hasrat nak ajak family lak g sinun***











HOT SPRING..SG.KELAH..in memories...

SUATU HARI DI HOT SPRING...

...04 APRIL 09...Jam 8.30 pagi...

Khamis, 2 April 2009

NaRan jua KAH????

WANITA API??
Wanita api dilahirkan di bawah lambang
Aries(21 Mac-20 April),
Leo(24 Julai-23 Ogos) dan
Sagittarius(23 November-21 Disember).
*Dilahirkan sebagai pemimpin
*Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun ianya benar.
*Seorang yang artistik dan sukar dijangka,tetapi biasanya romantis dan tidak pemalu.
*Mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yang pemurah,mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya.
*Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi mersa sedih dan terhiris.
*Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar.Wanita api harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan.
*Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan.

Rabu, 1 April 2009

TERIMA KASIH MAK, TERIMA KASIH ABAH...

TERIMA KASIH MAK, TERIMA KASIH ABAH.....

Terima kasih mak, terima kasih abah
Lahirku ke dunia
Ku disambut penuh syukur
Bisikan iqamat ke telinga, Hikmah kalimah nan luhur
Lahirku ke duniaKu diasuh mengenal Allah,
Ku diajar sebut namaNyaJuga nabi Rasul mulia
Salam sayang mak dan abah
Mendidik ku tak pernah jemu
Halalkan lah makan minumku,
Maafkanlah salah silapku
Tanpa maaf dan juga restu,
Hidupku jadi tak menentu
Tiada yang lebih bernilai dari pengorbanan yang suci itu
Tak berdaya aku membalasnya
Moga ku jadi anak yang bertakwa
Terima kasih mak, terima kasih abah
Jasamu mak dan abah,
Akan ku kenang selamanya
Hidup saling berkasih sayang membina keluarga bahagia
Pada mu Allah aku berdoa,
Pada Mu jua aku meminta,
Rahmatilah mak abah tercinta,
Ampunilah dosa- dosa mereka
Panjangkan umur mereka, murahkan rezeki mereka
Sejahtera dalam ketaatan
Moga berbahagia di dunia, di akhirat beroleh syurga
Daku mengharap redha mu mak,
Juga redha darimu abah
Hanya itulah yang ku pintu
Agar hidupku lebih bermaknaTerima kasih mak, terima kasih abah...
(...inilah hasilnya dari AKU DAN DIRIKU...)

AKU RINDU KAMU...

Sahabat-sahabatku,
Aku masih ingat saat itu,
Kita bersama-sama ke mana sahaja,
Kita bersama-sama tempuh apa jua,
Kala aku dirundung kedukaan,
Kalian datang dan mengatakan, “Kami tahu kau boleh!”,
Kalian sumber inspirasiku,
Kita tetap bersama,
Walau badai membidas,
Walau taufan melingkar,
Kita tetap kita,
Sahabat sejati bersama,
Aku tidak pernah lupa,
Setiap saat kita bersama,
Walau pahit atau manis,
Kenangan itu sentiasa terpahat di jiwa,
Kini, kita semua sudah berjaya,
Berjaya menjadi insan berguna,
Mungkin ini berkat keikhlasan doa kita bersama...
Sahabat-sahabatku,
Aku Rindu Kamu Semua.....
(2 all my frenz...MISHA, MAI, ZAI, BIHA, and ZIHA...korang tetap dihatiku)

hmm...esemen yg benar2 menguji kekentalan dan kewajaan jiwaKU...






***13/03/09 (6.30 petang)***


...AKHIRNYA...


...senaskah novel 'AKU DAN DIRIKU' hasil nukilan aku, puterisagi...


...sedaya upaya aku menyiapkan novel yang benar-benar menguji KEKENTALAN DAN KEWAJAAN jiwaKU...


...kalau bukan dek kerana ini salah satu tugasan wajib yang patut aku lakukan sebagai pelajar di sini, memang tobat aku xnak wat novel nih!!...


...terlalu berat tangan aku nak menaip segala kisah yang berlaku sepanjang hidup aku...


...seumur hidup aku,aku tak pernah luahkan kisah aku pada helaian-helaian kertas macam nih...


...kalau nak diTOTALkan...


...setelah ditolak, ditambah, dibahagi dan dikuasa 2 kan, rasanya mungkin hampir 5 baldi kot air mata aku ni dah dibazirkan....huhu..(tuk markah aku gak)


...sangat STRESS ohhh....


....tapi...bila difikirkan dari sudut positifnya, as a future counselor, aku perlu terima tugasan ni secara positif..


...yOlah kan..nanti da jadi kaunselor, aku akan berdepan dengan macam2 lagi masalah dan kisah hidup orang lain yang lebey touching2 ohh...


...so, aku kena PERSIAPKAN diri aku dari sekarang...


...aku kena bersemangat WAJA walaupun hanya memiki viva tuk jadi kaunselor yang MANTOP di sekolah ti...


...kalau hal macam ni da touching2 and feeling2 sampai tak ngagak da, camne ti nak jadi kaunselor eh??..


...JAWAB LA SENDIRI..
...huhuhu....